12/19/2011

A’isyah’s first tooth

Salam,

How fast time flies, A’isyah Hanina is already seven months! Happy half a year old baby! So yes, as of a few weeks ago, before A'isyah officially turns seven months, my baby girl finally has her first tooth. It's on the bottom, as it usually is for most babies, and the second one looks like it will follow shortly. Her gums on the top are a bit swollen, as well, so I wouldn't be surprised if they came through in the not-too-distant future.

Photobucket
[A’isyah’s first tooth came in when she was just about six months old]

12/16/2011

Pre-loved SCR5 Stroller & SCR7 Car Seat for sale

Photobucket

Photobucket

Photobucket
[SCR5 Stroller]
Features :
•Suitable from birth till 3 years (<17kg)
•Innovative design and portable lifestyle stroller
•Lightweight aluminum frame
•Adjustable backrest and footrest
•Can be in forward or rearward facing
•Traveling system: Compatible with C100 with additional adapter        
                                                                                                                                            
Photobucket

Photobucket
[SCR7 Car Seat]
Features :
•Suitable from birth to 10kg
•Light weight and portable infant car seat/ carrier/ rocker
•3-point, 1-pull padded safety harness
•Traveling system: Compatible wit S300A and S301 strollers with additional adapter

- Both SCR5 & SCR7 can be fitted to the stroller. It's a good travel system.
- Not to be sold separately.
- Used few month but in good condition.
- Seat condition are brand new as Im used this stroller with SCR7 Car Seat before.
- Got a minor scratches as shown in picture above.
- Comes from Muslim, Malay, smoke & pet free home.
- Reason for sale: Bought a new one
- COD: Putrajaya/Penang.

Actual price : RM459.00 + RM239.00 = RM698
Selling price: RM500 ONLY!

*STRICTLY NOT FOR FUSSY BUYER & FOR SERIUS BUYER ONLY!*
SOLD!

12/05/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [6 bulan]

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kurniaan A'isyah kepada Mama & Baba. Mujahidah comel, cerdik lagi beriman. InsyaAllah. Pinjaman Allah yang telah hampir 6 bulan 2 minggu. Terima kasih Allah! Atas kurniaanMu ini kepada kami.
A'isyah Hanina,

Mama sayang amat pada A'isyah. Mama tak dapat bayangkan hidup Mama jika tiba-tiba A'isyah diambil dari Mama. Mama doa moga Allah pinjamkan A'isyah lama-lama buat Mama. Dulu, Mama sunyi bila Baba berjauhan dengan Mama (Mama di Selangor & Baba di Penang). Mama berdoa minta teman. A'isyah hadir, hilang segala sunyi. Sejak A'isyah dalam kandungan lagi, Mama tak pernah lagi terasa sendiri. Mama tak pernah lagi terasa sepi. A'isyah, Mama minta maaf sebab tak dapat nak berada di sisi A'isyah sepanjang masa. Mama terpaksa langsaikan tanggungjawab Mama pada pengajian terlebih dahulu. Maafkan Mama ya sayang. Mama tak pernah anggap hadirnya A'isyah menjadi beban. Bukankah perancangan Allah mengatasi segalanya? Mama janji, Mama takkan sia-siakan A'isyah. A'isyah takkan Mama abaikan. Setiap saat kita bersama, Mama akan hargainya. Mama akan curahkan segala kasih sayang & cinta yang ada. Mama sayang sangat pada A'isyah! Mama rindu sungguh pada anak Mama! Doa Mama agar Tuhan mengurniakan A'isyah kefahaman & ketaatan yang mendalam tentang agamaNya. Amin.

Mama
Photobucket

12/02/2011

Abu A'isyah

A'isyah Hanina,

Pertama kali Mama melihat Baba, terus tedetik dalam hati Mama “Lelaki ini akan menjadi seorang bapa yang baik untuk anak-anak Mama”.

Tulisan kali ini sekadar untuk melontarkan kata hati, bukan untuk menunjuk jauh sekali mendabik dada pada dunia, kerana Mama sedar siapa Mama, seperti debu yang berterbangan yang tidak disedari sesiapa pun.

Mama betul-betul jatuh hati pada Baba selepas kami diikat dengan satu ikatan yang halal lagi suci. Baba telah menerima diri Mama seadanya, begitu juga Mama, menerima diri Baba seadanya. Mama mengambil keputusan & terbuka untuk menerima & menjadi suri hati Baba setelah mengambil pandangan ramai pihak & istikharah. Hasilnya, Alhamdulillah, Mama yakin Mama telah membuat keputusan yang tepat kerna Baba adalah seorang yang ‘beyond the expectation’.

Baba adalah seorang yang tegas. Namun, dalam ketegasannya, punya humour yang sering menghiburkan hati Mama. Mama yang sememangnya kurang ilmu & punya banyak kekurangan  dapat ditangani Baba dengan penuh hikmah & Baba tak pernah jemu membentuk Mama untuk mejadi wanita yang lebih baik, hari demi hari.

Baba sentiasa sanggup berjaga malam berkali-kali untuk membancuh susu untuk A'isyah, memastikan Mama & A'isyah tidur dalam keadaan yang nyaman & seringkali Baba meminta Mama berehat kerana Baba bimbang Mama akan keletihan keesokan hari. Baba sentiasa memastikan kita berdua sentiasa berada dalam kecukupan.

Sesungguhnya begitu banyak perkara yang dilakukan Baba yang menambat jiwa Mama di mana terlalu banyak untuk Mama coretkan. Sekiranya jika tiada Baba di sisi Mama, seumpama telah hilang separuh dari diri Mama. Mama tidak tahu bagaimana takdir Mama di masa hadapan. Cuma Mama mampu berusaha & berdoa moga Allah akan menyambung cinta Mama terhadap Baba hingga ke syurgaNya. Amin. Semakin hari semakin Mama mencintai diri Baba.

Photobucket
حَبَّكَ الَّذِيْ أَحْبَبْتَنِي لَهُ
[Semoga Allah menjagamu & aku doakan semoga Allah mencintaimu yang cinta kepadaku keranaNya]

11/15/2011

A'isyah’s first trip on a plane

Salam,

Alhamdulillah, 8 Nov lalu, A'isyah had her first flight experience. It was also my first experience flying with an infant. We decided to fly to attend Majlis Aqiqah Saffiya Amani, puteri sulung Abg Dullah & Kak Su, di Kelantan. Dalam masa yang sama, utk berkumpul satu keluarga sempena Aidiladha.

Photobucket
[Baru sampai LCCT]

Photobucket
[Tak sabar nak naik plane! Yippeee!]

Mula-mula masa naik plane, bising juga la A'isyah. Habis 1 plane dengar A'isyah jerit-jerit. Tapi, lepas bagi susu, A'isyah minum & terus tidur. Keadaan kembali tenang. HEHE. Dari sini byk Mama belajar. Antaranya, when flying with an infant, we must take note that during take off and landing, we should give our baby something to drink to avoid discomfort cause by ear pressure.

So, here are a few tips untuk dikongsikan to prepare for baby's first flight:
  • Bring as much food for your baby as possible
    Pihak penerbangan membenarkan parents to bring formula milk and bottle with water. Prepare them in such a way that if our baby needs to be fed, we can prepare the milk in no time. Dengan cara ini, dapat elak anak kita dari menangis & avoid inconvenience to other passengers. Breastfeeding moms are lucky to have milk ready on demand while formula-feeders need to bring formula and water.
  • Bring toys to entertain our baby
    Taknak bagi baby boring!
  • Change diapers
    Tukar siap-siap lampin baby to avoid an unnecessary trip to the lavatory. Bukan semua plane ada changing table. Kalau ada pun it’s most likely cramped and unsanitary based on the volume of passengers using it.
  • Keep our patience meter in check
    Our parenting skills may be tested during a flight. Ada toys pun tak dapat membantu kalau ibu bapa itu kurang sabar. Lebih-lebih lagi bila penumpang lain mula jeling semacam.
  • Book a night flight if possible
    Sebab baby kan tidur malam. Maka, tak kacau waktu tidur baby. Baby akan tidur sepanjang perjalanan.InsyaAllah.
Berbalik pada kisah A'isyah, second time naik plane dari Kelantan ke KL pula, A'isyah dah ok. Lega rasa bila A'isyah was behaving well during the entire journey. Dari rumah sampai la we reach the airport of our destination. And the result, either she is in deep sleep or her eyes freely observing the environment which is unfamiliar to her. Syukur semuanya dalam keadaan baik. Thank You Allah!

Photobucket
[Baba & A'isyah waktu tunggu plane nak balik KL semula]

Photobucket
[Dalam plane]

Photobucket
[A'isyah terlena]

Photobucket
[Subhanallah! Ciptaan Allah. Cantik nampak hijau]

A'isyah, next time Mama bawa A'isyah naik ferry pula ya? :)

11/14/2011

Rukun Kurus

Photobucket
[Bukit Ekspo, UPM]

Maka saya,
Protege obesiti,
Berikrar bahawa sesungguhnya,
Akan menumpukan,
Seluruh tenaga & usaha saya,
Bagi mencapai berat badan ideal,
Dan menjaga pemakanan saya,
Dengan penuh kedaulatan,
Dan kesusilaan,
Berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut:

RUKUN KURUS

Kepercayaan kepada diet,
Kesetiaan kepada mentor,
Keluhuran ketika bersenam,
Kedaulatan daun salad,
Kesopanan & kesusilaan.

Berat akan datang: 65 kg
Mentor: Kak Eza

Assalammualaikum *nada prof izi hj Ali*

This time nak berdiet betul-betul. Segan sebenarnya sbb keep on saying nak diet, diet & diet tapi hakikatnya selalu fail! So kali ini nak usaha sungguh-sungguh! Sebagai pembakar semangat, En. Suami bought me this;

Photobucket
[REEBOK sport shoes]

Im so excited & cant wait to workout, and see the outcome. Doakan moga dpt istiqamah & berjaya ya! :)

11/13/2011

A'isyah dengan sanak saudara di Pahang

Salam,

Entry kali ini mengisahkan A'isyah dengan sanak saudaranya di Pahang. A'isyah kami berpeluang untuk bawa pulang ke Pahang semasa cuti Aidiladha yang lalu.

Photobucket
[A'isyah dengan Pak Cik & Mak Cik nya]

Photobucket
[Cik Anim nak kiss A'isyah. HEHE]

Disebabkan kami sekeluarga jarang-jarang balik, hanya cuti-cuti panjang, jadi A'isyah menjadi perhatian di Pahang. Turun sekejap saham budak-budak kecil seusia A'isyah disana. HEHE. Lagi-lagi, sekarang waktu yang seronok untuk ajak A'isyah main. A'isyah sangat seronok dibawa jalan-jalan diluar rumah, melihat kereta lalu lalang, pemandangan kampung sekitarnya. Tapi, A'isyah agak sikit meragam. Mungkin sebab keadaan A'isyah tak berapa sihat, selsema.

Photobucket
[A'isyah dengan Tokki Syukri, Pak Long Aziz & Pak Ngah Muiz]

Photobucket
[Nek Yan pegang A'isyah. Look! Baju A'isyah nak dekat sama dgn Cik Keenah]

Sepanjang di Pahang, muka A'isyah semacam pelik dengan percakapan sanak saudara. A'isyah suka merenung semua orang di Kuantan ketika mereka bercakap. Rasanya sbb A'isyah jarang mendengar percakapan berlongat. Mama yang lahir di Pahang pun kekedg 'blur'. Inikan pula A'isyah. HEHE.

Bertuah sangat kita A'isyah, sebab Allah temukan Mama & Baba yang berlainan negeri. Merasalah kita pulang ke kampung halaman. Merasalah juga kita pelbagai jenis masakan yang hanya di kampung Baba sahaja. Merasa jugalah kita menempuh perjalanan yang berjam-jam lamanya menyusuri bukit-bukau indah yang memukau, kampung yang sebenar-benar suasana kampung, panas tengah harinya masyaAllah, sejuk malamnya juga Subhanallah! Maka, nikmatilah wahai A'isyah!

Sekian sahaja cerita A'isyah bersama sanak saudara di kampung Baba. A'isyah anak perempuan! Perlu lemah-lembut, rajin & yang paling penting, A'isyah kena sedar & jelas maltlamat sebenar penciptaan A'isyah sebagai seorang manusia. Tanggungjawab kita sungguh berat wahai puteriku! Mama redha A'isyah sampai syurga insyaAllah!