10/31/2011

Having A'isyah In My Life Means..

Photobucket

It means that;
  • I get saliva all over me when A'isyah sleeps on my chest.
  • I get mucus/puke all over me when A'isyah is sick.
  • I get poop all over my hands when I wipe A'isyah's bum whenever she poos.
  • The photos I take are all of A'isyah's. My photo albums are full of her photos.
  • I need to carry a huge diaper bag whenever we go out.
  • I can't buy high-heeled, narrow platform shoes because it's difficult to walk when I carry A'isyah.
  • Half of my night is spent sleeping next to A'isyah on the mattress because he fusses in the middle of the night.
  • I have got a baby magnet stuck to me whenever I get home - 24/7.
Too much? You tell me, Im your mother. How come Im not willing to sacrifice myself to you? A'isyah, I just want you to know that Mama really loves you! 

A'isyah dengar ceramah

Salam,

Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas, A'isyah Hanina ikut Mama & Baba ke Masjid Negeri Pulau Pinang utk dgr ceramah. Inilah pertama kali A'isyah dengar ceramah. Sebelum ni A'isyah selalu ikut Mama shj masa dalam perut.

Photobucket
[Muka tak sabar nak dengar ceramah]

Ceramah hari tu kelihatan ramai kawan A'isyah. Semua anak-anak segagan A'isyah. Semua sihat & comel belaka. Happy tgk ibu bapa skrg turut bawa sekali anak-anak ke majlis ilmu. Its a really good step bawa anak-anak ke masjid. Supaya anak-anak kita terbiasa ke tempat-tempat begini. Semoga generasi anak-anak akan mencerahkan kembali syiar & cahaya Islam. Doa moga Allah membantu dalam mendidik 'amanah' yang Dia titipkan kepada kita. Amin.

Malam tu, fav ustaz Mama yang jadi pencerah jemputan, Ustaz Kazim. Ustaz Kazim cerita tentang Generasi AlHuffaz, Pemangkin Ummah. Byk topik-topik menarik yang ustaz kupaskan. Mama suka ceramah ustaz sbb dalam seriousnya ada lawak yang diselang-selikan. Best! Selain point-point ustaz yang bernas.

Selama mendengar ceramah, syukur A'isyah behave shj dalam masjid. Mak Cik-mak cik pun ada tegur yang A'isyah budak baik. Tak nangis pun. Tapi, 1 jam lebih lepas tu, mula dah bunga-bunga siren akan berbunyi. Mama & Baba pun amik keputusan utk balik sbb takut mengganggu majlis pulak. A'isyah pun waktu tu dah ngantuk sangat, nak dekat 9.30 malam.

Photobucket
[Baba & A'isyah before balik]

Sebelum balik, sempat Mama & Baba sambar 4 cd ceramah Ustaz Kazim. Buat bekalan & halwa telinga masa bermusafir pulang ke Pahang sempana Aidiladha nanti. InsyaAllah.

Photobucket
[Tak sabar nak dengar!]

Sampai shj di rumah, A'isyah terus tidur. Tertunai juga hajat Mama nak bawa A'isyah. Next time, kita pergi lagi ya! :)

10/29/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [5 bulan]

Assalamualaikum & salam sejahtera. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiringi kita sepanjang masa. Amin.

A'isyah baru shj tidur. Syukur sbb skrg aturan masa tidur A'isyah sudah teratur & A'isyah sudah pandai tidur sendiri di katilnya. Also, skrg A'isyah juga suka kalau didudukkan. Tapi, tak berani nak bagi duduk lama-lama, kejap-kejap shj. Emm, untuk mengisi masa lapang A'isyah, A'isyah sudah dibiasakan & diperkenalkan dengan aktiviti membaca. Koleksi atau bahan bacaan sudah kami sediakan sejak A'isyah masih dalam kandungan lagi. Bermula dari A'isyah 2 bulan, sudah dikenalkan dengan أ ب ت, ABC & 123. Skrg A'isyah diajar pula tentang, Animals.

Apabila melangkah masuk ke usia 5 bulan, semakin banyak perkembangan A'isyah. Suka sangat A'isyah bila Mama & Babanya bercerita & berbual dengannya. Alhamdulillah, A'isyah sudah boleh menyebut 'Allah' dengan gaya bahasanya. A'isyah juga seperti sudah boleh recognize certain people yang rapat dengannya. A'isyah suka berbual dengan mainannya & A'isyah suka sangat menggigit. HEHE.

InsyaAllah next week A'isyah akan ke klinik untuk suntikan vaksin seterusnya. Doa moga A'isyah tak demam. Ok, setakat ini dulu.

A'isyah Hanina,

In all seriousness, I love you, A'isyah. It often brings tears to my eyes when I think about how happy, blessed & in love with you I am. And at 5 months postpartum, I don't think I can blame it on the hormones anymore. Everyday is better than the day before. I am so proud of you for every little thing you do. You are the most incredible human being that ever lived & you're all mine. Mama loves you, A'isyah Hanina!

Mama
Photobucket

10/03/2011

Warkah buat A'isyah Hanina [4 bulan]

Salam A’isyah,


Alhamdulillah, Allah SWT masih memberi peluang untuk Mama utk coretkan lagi catatan untuk A’isyah. A’isyah sekarang dah 4 bulan. Dah makin memahami apa yang Mama & Baba katakan. Mudah-mudahan Allah berkati anak Mama ni.


Photobucket


Sudah hampir 3 minggu kita berjauhan. Tapi alhamdulillah, Mama berkesempatan balik every weekend untuk tengok anak Mama ni. Mama tak putus-putus doa semasa dalam perjalanan pergi & balik supaya Baba dapat kerja di area Selangor. Boleh la kita bertiga duduk sekali. Mudah-mudahan doa musafir ini termakbul. Harap apabila kita dapat tinggal bersama nanti memberi lebih ruang untuk kita menjalani kehidupan yang lebih teratur, bahagia & sistematik. Ok la, jaga diri A'isyah! Be a good girl! Mama sayang A'isyah.


p/s: Cuti pertengahan sem dah tak lama. Nanti kita boleh luang masa lama-lama sikit ya A'isyah. Tak sabarnya Mama!


Salam sayang,
Mama

9/30/2011

Babatok & Mamatok

Salam,

Alhamdulillah, minggu lepas A'isyah berpeluang untuk bersama dengan Babatok & Mamatok. Tiap-tiap hari A'isyah jumpa Mamatok & Babatok kat Hotel Eastin; Jumaat, Sabtu & Ahad.

A'isyah suka sangat main dengan Babatok. Setiap kali Babatok main dengan A'isyah, A'isyah mesti senyum meleret. Lepas tu, mesti Babatok akan bagi A'isyah rasa jus pisang. Syoknya! A'isyah pun suka main dengan Mamatok. Tangan Mamatok yang lembut tu sentiasa pegang badan A'isyah dengan sangat berhati-hati. Mamatok nyanyi lagu macam-macam. Pendek kata, Babatok & Mamatok selalu buat A'isyah happy. A'isyah seronok sangat!

Tapi hari ni & minggu ni Babatok & Mamatok dah takda untuk main dengan A'isyah. Dah tak dengar lagi suara Babatok & Mamatok yang selalu buat A'isyah happy. Sunyi rasa. Minggu lepas, kalau A'isyah menangis cepat-cepat Babatok atau Mamatok angkat A'isyah, peluk A'isyah erat-erat sambil selawat atau baca ayat Al-Quran. Best tau A'isyah rasa sampai boleh terlelap dengan lenanya. Sedih rasa bila Babatok & Mamatok dah balik Kelantan, A'isyah rindu pada Babatok & Mamatok.

Oh ya, ada 1 hari tu A'isyah nangis kuat, taktau apa punca. Mamatok la yang cuba tenangkan A'isyah. Alhamdulillah, A'isyah senyap lepas tu. Terharu A'isyah tengok Mamatok sungguh-sungguh jaga A'isyah. Terima kasih Mamatok! A'isyah takkan lupa penat-lelah Mamatok jaga A'isyah. Harap bila A'isyah dah besar nanti A'isyah dapat jadi cucu solehah & dapat balas jasa Mamatok & Babatok juga.

Photobucket
[Dari kiri; Mama, Babatok, Mamatok, A'isyah Hanina & Dr Munirah. Baba tukang tangkap gambar. HEHE.]

Hmm, minggu ni memang A'isyah sunyi shj tanpa Babatok & Mamatok. Tak apa, Baba kata kita akan cuba balik kampung kalau ada kesempatan. Tunggu ada masa shj terus Baba akan bawa Mama & A'isyah balik Kelantan. Tak sabar nak balik rumah Babatok & Mamatok. Boleh jumpa Babatok, Mamatok & Amam. Rindunya! ;(

p/s; Babatok & Mamatok bila datang jumpa A'isyah lagi? Amam, jom la ikut Babatok & Mamatok datang Penang sama. Nanti boleh kita semua pergi riadah di Tmn Belia.

9/10/2011

Pesan Mama

Salam,

Malam ini malam yang suram buat Mama. Sebab malam ini merupakan malam terakhir Mama tidur dengan A'isyah. Banyak detik-detik yang bermakna terpahat dalam ingatan Mama. Teringat semula saat-saat kehadiran A'isyah dalam hidup Mama. Kehamilan A'isyah langsung tidak disangka apatah lagi diduga. Namun, Mama bersyukur atas kurniaanNya.

Menghitung hari. Kelahiran A'isyah amat dinanti Mama. Tak sabar Mama nak tengok anak Mama yang 9 bulan berada dalam rahim Mama. Yang setia ke sana ke mari bersama Mama, yang rajin menemani Mama setiap kali Mama 'stay up' untuk menelaah pelajaran, sama-sama kita berulang-alik naik bas dari KL-Penang ke Penang-KL semata-mata untuk hadirkan diri di KK untuk check up every month & banyak lagi aktiviti yang kita buat bersama-sama.

Dan Alhamdulillah, tiba masa yang ditetapkan Allah. 18 Mei 2011, lahirlah seorang mujahidah yang di beri nama A'isyah Hanina binti Muhammad. Kata-kata apa yang ada untuk menggambarkan perasaan tatkala itu? Seronok, bahagia, riang, semua bercampur baur!

A'isyah membesar di hadapan mata Mama. Setiap pagi, Mama akan mandikan A'isyah siap berbaju lengkap & berbedak wangi. Setiap petang, Mama akan main & stimulate A'isyah. Setiap malam pula, akan tidurkan A'isyah dengan selawat & nasyid. Mama buat since A'isyah lahir.

Mama yang melihat A'isyah membesar. Mama yang discover every new development from you. Entah dapat tak lagi Mama jadi orang pertama buat A'isyah. Berat hati Mama untuk berjauhan dengan anak Mama ini setelah hampir 4 bulan kita bersama, setiap detik & saat A'isyah sentiasa di sisi Mama. Mama redha atas sebab berjihad untuk menuntut ilmu. Pemergian Mama, ada pesan buat A'isyah;

A'isyah Hanina,

Be a good girl! Mama nak mula belajar semula. A'isyah kena jadi anak yang solehah. A'isyah kena ikut cakap Baba. A'isyah tahu Mama sibuk, so A'isyah jangan susahkan hati Mama. Mama janji untuk belajar bersungguh-sungguh & buat yang terbaik untuk A'isyah! A'isyah tolong Mama doakan Baba dapat kerja di Selangor tau. Nanti kita boleh tinggal bersama. Mama sayang sangat-sangat pada A'isyah! Janji ingat Mama & A'isyah paling sayang Mama ya! Mama cuba balik sekerap mungkin untuk jumpa A'isyah. I love you!

Photobucket
[Di saat kau ketawa membuat hatiku riang rindu.Di saat kau menangis membuat hatiku resah gelisah. Membesar dengan baiklah anakku A'isyah Hanina]

9/01/2011

100 hari

Salam,

28 Ogos yang lalu, genap 100 hari usia puteriku A'isyah Hanina. Ketika lahir, beratnya 2.7kg. Dan sekarang, dah pun naik ke 5.7kg. Alhamdulillah, setakat ini, A'isyah tak banyak meragam. Dia cuma akan menangis setiap 1 atau 2 jam sekali kerana lapar. Setelah disusukan & lampinnya ditukar, A'isyah kembali tidur.

Dengan dagu sejemput & kedua-dua belah pipinya yang gebu, semua orang geram melihatnya terutamanya mak cik-mak cik & pak cik-pak cik saudaranya yang selalu sahaja menyentuh & terkadang mencubit manja pipi A'isyah.

Baba A'isyah pula, sekarang dah semakin expert membantu menguruskan A'isyah. Layak dinobatkan sebagai bapa mithali! Dari tukar lampin, memandikan hingga ke menidurkan A'isyah, semuanya beres diuruskan. Tahniah, abang! Kita sama-sama berusaha untuk jadi ibu bapa yang terbaik ya. Selalu timbul perasaan kasihan terhadap suami kerana turut terpaksa berjaga malam apabila A'isyah merengek, sedangkan di siang harinya Muhammad sudah penat bekerja. Apakan daya, inilah antara cabaran-cabaran yang akan ditempuhi oleh para ibu bapa.

Oh, terasa cepatnya masa berlalu! Kasihan A'isyah. Lagi 2 minggu, mamanya akan menyambung semula pengajian. A'isyah terpaksa ditinggalkan mamanya yang perlu berjihad menuntut ilmu. Sungguh hati ini tidak rela berjauhan dengan A'isyah! Ya Allah, Kau permudahkanlah semuanya! Kau makbulkanlah doa kami! Amin Ya Rabb!

Photobucket
[Happy 100 days old A’isyah! Mama & Baba loves you]